harapan untuk kau kembali

Assalamualaikum.


Setelah berjam-jam aku stalk blog kau, tetiba aku teringin nak bercerita pasal kau
aku terasa seperti orang asing dalam kehidupan seharian kau.
Kau seoleh oleh nak lari dari aku

Dugaaan memang datang tanpa kita duga
- fadhullah ishak

Memang kau selalu tengok aku gembira, riang, ketawa terbahak bahak macam tkde masalah, tapi pernah tak sekali kau tanya aku, aku okay keh tak? Sumpah aku terlalu berharap satu hari nanti kau akan tanya benda mcm tu dekat aku.

Entah mengapa entah bagaimana aku seperti hilang tempat untuk aku berkongsi masalah,
hati aku terlalu sakit pendam pelbagai masalah dalam satu masa. 

Semua cerita gembira mahupun cerita sedih kau semuanya aku tak tahu, kalau aku tahu pun semuanya dari sumber lain, bila aku tengok kau aku berharap sangat sangat kau akan cerita masalah kau dekat aku, tapi hm kecundang habis kau fieka, thumbs up sikit.

Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak,
adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah,
dan banyak menangis dalam diam
- ustaz azhar idrus

Aku terasa dengan blog kau, aku terasa dengan perangai kau dan yang paling penting aku terasa dengan mulut kau.

Walaupun aku tak pernah buat muka dengan depan kau, aku sentiasa tersenyum bila jumpa kau, tapi hati dalam siapa yang tahukan. Untuk kau aku sanggup ketepikan ego aku, tapi kau pernah tak ketepikan ego kau untuk aku? Kau muhasabahkan diri kau, then kau jawap sendiri, segala jawapan ada dalam diri kau.

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahukan.
bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut,
tetapi kerana Allah tahu kita berhak pada
lebih baik daripada itu.



Andai aku tiada lagi di dunia ini, ampunilah aku atas
segala dosa aku yang pernah aku lakukan.